my family...

my family...

Tuesday, November 23, 2010

hubby bgi bunga kt aku...16/06/2010

sebenarnya bunga ni sdh lma hubby bg kat aku,tanda terima kasih.....terharunya saat tu,x sangka dia romantik sngat..selalunya nda pernah mcm ni...apa2pun terima kasih abg...syg btul2 bahagia dgn abg,terima kasih sbb jadi teman hidup sayang dlam dunia ini biarpun hnya sementara....syg harap d akhirat kelak kita bersama jua...:'(...amin.........................

Monday, November 22, 2010

kenangan lama..rindu dgn kawan2 lama....

wahai sahabat sejatiku.....:)

rindunya aku ma kmu oooo...teringat zaman dulu2 ni....jajal baaaa...hahahahahaha..nda palah yg pnting jadi pelajar terbaik kan??ada msa kita jumpa k....masing2 ada khidupan yg berbeza.........:'(

laksa sarawak masakan ku......resipi d sediakn.(^_^)

sampai licin periuk belanga aku kat dapur d hentam olh kazen2 ku..lapar agaknya..hahahaha...


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
  • 2 bungkus Bihun
  • 500gram udang basah
  • 3 ketul dada ayam
  • 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
  • 8 biji telur ayam
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula & msg secukup rasa
  • BAHAN TAMBAHAN
  • 500gram tauge
  • Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
  • Limau kasturi @ lemon
  • SAMBAL BELACAN
  • 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
  • Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
  • Sedikit air perahan limau@lemon
  • Garam & gula

Cara-cara

  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Dscn1326
     Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
  9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
  10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.
  11. Dscn1313
     Set lengkap hidangan laksa swk.

makan malam hari ini...

berusaha aku memasak ptg ni sbb kazen ku dtg pnyalah ramai.........terpaksa masak sedap2.....dapat juga aku buka kedai ni kan..?hahahaha...

Sunday, November 21, 2010

sarapan pagi kami..

inilh hasilnya yang aku ngan mamy ku buat..dru subuh tadi kmi buat...isi dlam karipap ni mcm2 ada..rsa padas ada,manis n masin....mmg sdp hingga mnjilat jari..resipi ni dri nnek moyang ku...mmg asli laaa....inilah bahan2 nya..


Bahan-bahan ( 50 biji )

  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

  1. Inti :
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
  5. Doh :
  6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Saturday, November 20, 2010

suatu petang......

ptg ni aku jlan g k.k...........tetiba ja ddyku ada urusan d labuan.....so nda dpatlah p k.k ni......ddy balik2 say sory ma aku...aku hnya senyum mesti ddy salah faham ma aku n anggap aku merajuk lah tu..hehehe...aku ckp tmpt mmy yg aku nda merajuk so mmy ckp ma ddy....ddy terus kol my hubby suruh dtg lusa..coz bwa semuanya p bcuti area sabah jaaa..hehehehehe...mood sedih tukar jadi gembira...

inilah hasilnya...........ada skali dgn resipinya..meh lah try..!(^___^)


Bahan-Bahan:
250 gm tepung sponge mix
50 ml air kosong
4 biji telur gred B
50 ml minyak jagung
250 gm krim keju (dilembutkan)
Cara:
Pukul tepung, telur dan air kosong hingga kembang dan tidak meleleh (pekat). Masukkan krim keju dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan bakar dalam suhu 180 darjah celsius.
Tambahan:
Sekiranya suka lebih rasa keju boleh tambah kauntiti krim keju.

perkenalan yang cukup indah....

perkenalan ku bersamanya agak lama juga..aku knl dia dri aku skolah rendah lagi,abgku selalu bwa 'dia' ni p umah...waktu tu aku masih blum taw apa2..dia sllu mnyakat aku..aku bnci dia!!shinggakan klu dia dtg umah mcm maw lari ja aku dri umah tu..hahaha....

2003..
knplah pada tahun tu aku mncari dia...klu ingat kenangan kmi kan mesti aku ketawa sendiri,lucu bah klu d knang..aduiii....sngsaranya msa tu...hahahaha...aku lupakan ja lah,,,,bukan dia sdh kawen..

2006..
aku dngar2 dia masuk instep PERTONAS d terengganu.....duiii...blum smpat lagi aku jumpa dia pnya lah jauh sdh dia terbang..emmm..maw dkat berapa tahun sdh nda jumpa dia...klu jumpa mesti best...nda pa lah..redha ja .....

2008..
aku sdh bosan dgn kehidupan ni..adalah kawan ku ni dia bagi no fon stu llaki ni.aku pun miskol lah no yng d bagi....lpas tu dia kol balik...16.06.2008..kami knl..dlm 3 mggu tu bru aku jumpa dia...alangkah seronoknya bila dapt tahu yang llaki selama ni adalah jejaka yg d cari2 oleh ku..huahuahua...best3......di sna lah kmi mulai rapat...

2009
16.06.2009...
tarikh kmi mnjalani hbgn sebagai kkasih...dri sna kami mngenali hati masing2...mmg best kapel dgn dia...happy sngat2..dia sngat2 memahami ku..dia baik,saya suka dia.....huhuhuhuhuu

2010.
..awl tahun ini...dia bwa aku btunang..alangkah terkejutnya aku..mcm nda percaya............rasanya aku pun sudah bersedia mnjadi tunang org...jadi..aku terimalah..



 
aku sah jadi tunang org................

untuk perancangan 2011..adalah alam perkhawinan.......
amin..............................................................

tom yam hasil masak tghhari ini...


Bahan-bahan:
Ayam, udang, sotong dan daging yg telah dihiris 
1 biji bawang besar dipotong bulat 
2-3 serai 
2 kiub tomyam (maggi punye) 
Sedikit air asam limau 
Sedikit daun limau purut 
Cili padi ( ikut suka..lagi byk lagi mengancam) 
Sayuran ( bunga kobis , celeri dan carrot) 
2 biji tomato 
Air dan garam
Caranya:
Mula rebus air dulu dalam periuk anggaran setengah periuk. Bila didih jer, masukkan ayam, daging, sotong.  Biar dulu agak2 dah agak masak masukkan serai, bawang, segala sayuran, 
kiub tomyam, garam dan cili padi . Biar didih kejap.  Pass tuh, masukkan sedikit air asam limau dan tomato. Last sekali bila nak angkat , barulah masukkan daun limau purut. Cubalah pasti teliur.... 

mee basah buatanku....

menu hari ni,adalah mee basah.....sedap tersangat2.....bahan2 yang perlu kita gunakan adalah.................


Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk **
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.